Selamat Menyambut Bulan Baru kepada semua saudara Islam yang seagama dengan saya. Hari ini
( 08.08.2013), kita menyambut hari raya aidilfitri dengan perasaan teruja, gembira dan sebagainya. Namun, kita mesti mengingati saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik. Jika mempunyai waktu, kita perlulah melawat atau menziarahi saudara-saudara terdekat dan sahabat-sahabat handai untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta bertukar-tukar pendapat. Duit raya menjadi topik utama apabila memasuki bulan Syawal. Kebiasaanya, orang yang lebih dewasa akan memberi duit raya kepada kanak-kanak sebagai UPAH berpuasa. Hal ini dapat menggalakkan kanak-kanak untuk berpuasa pada tahun-tahun seterusnya. Bersyukurlah dengan segala NIKMAT yang telah diberikan kepada kita sebagai penerus GENERASI masa hadapan. Semoga kita diberi peluang untuk beribadat pada bulan barakah iaitu Bulan Ramadan. Semoga kita dapat bertemu dengan LAILATUL QADAR yang baru sahaja meninggalkan kita. Aminn...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!
DARIPADA: NUR AKMALIAH DAN KELUARGA.
No comments:
Post a Comment