Myself

Nur Akmaliah Binti Alias
*18 April 1996
*Smk Seri Berang, Kuala Berang, Hulu Terengganu.
*Alias Bin Ismail (Ayah), Rosmawati Abdullah (Ibu)
*Pernah menyertai Kem Pembinaan Bakat Remaja 1Malaysia 2012 di Port Dickson, Negeri Sembilan.
*Pernah memenangi tempat ke-3 Hadiah Galakan Tunas Remaja peringkat kebangsaan, tempat ke-2 Pertandingan Puisi dan Lagu peringkat negeri, johan Pertandingan Drama Komsas peringkat daerah, Pelajar Harapan Bahasa Melayu, tempat ke-2 Pertandingan Speech Choir Piala DiRaja, johan Pertandingan Deklamasi Puisi sambutan kemerdekaan/pencegahan dadah/ hari guru peringkat negeri, johan Pertandingan Esei Kebersihan peringkat negeri.
*Pernah tersiar cerpen "Seorang Anjing" September 2012 dan "Teh Herba untuk Farid" Mac 2014 di halaman Cerpen daripada Sisiwa dalam Majalah Dewan Siswa.
*Merupakan mantan peserta Minggu Penulis Remaja (MPR) 2013.

Saturday 9 November 2013

Demam peperiksaan (Sijil Pelajaran Malaysia 2013)







 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Saya, Nur Akmaliah Binti Alias merupakan salah seorang calon SPM 2013 ingin memohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki sekiranya saya terkasar bahasa, tersilap bicara kepada semua sahabat yang seusia dengan saya dan sahabat2 lain yang mengenali diri saya di luar sana supaya diampunkan segala kesilapan. Jutaan terima kasih atas ilmu yang diberi tidak kira secara langsung atau tidak langsung. Halalkan semua ilmu yang dicurahkan sepanjang perkenalan kita. Kepada semua rakan yang sokong dan mendoakan saya tidak kira yang lebih muda atau lebih tau daripada saya, terima kasih tidak terhingga atas ketulusan hati tersebut. Sempena meniti hari-hari yang tersisa sebelum SPM menjelma, saya ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan SPM dan Selamat Berperang untuk masa hadapan. Kepada sahabat-sahabat istimewa (nama dirahsiakan) jawablah mengikut kehendak soalan dan lakukan yang terbaik! Saya yakin kalian boleh dan mampu melakukannya. Baca soalan dengan berhati-hati serta jawablah soalan tersebut dengan hati yang tenang dan tenteram. Kalian mampu menjadi pelajar-pelajar cemerlang! Kita mesti kuatkan semangat dan berganding bahu unutk melonjakkan nama SMK Seri Berang dengan keputusan yang baik pada tahun ini. Ingat! berhenti dahulu menonton televisyen, bermain permainan video dan lain-lain dalam masa sebulan ini. Lakukannya demi masa hadapan anda!




Jangan jadi seperti gambar di atas, ye? :D Jawab berdasarkan hati dan perasaan. 
"HOLIDAY", jangan digatal-gatalkan diri pergi bercuti semasa cuti minggu. Hal ini akan menyebabkan anda ketinggalan kelas-kelas tambahan yang cikgu-cikgu jalankan. Selain itu, maklumat-maklumat penting yang mungkin berguna sewaktu persediaan menghadapi kertas-kertas peperiksaan seterusnya. Nak cakap teruk pun tak jugak, tetapi korang mesti fikirkan masa hadapan. Sekarang, pekerjaan sangat sukar dan perbelanjaan isi rumah semakin bertambah. Adakah anda tidak kasihankan ibu bapa anda? Adakah anda akan selama-lamanya bergantung terhadap usaha mereka? Mereka juga manusia dan satu hari nanti, mereka akan meninggalkan kita di dunia ini. 

Sebelum nasi menjadi bubur, sediakan payung sebelum hujan.














Terima kasih sudi baca entry ni :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers





This blog fully designed by NADYA SHAFIQA|Don't copypaste!|Allright reserved by LIYA WINCHESTER