Myself

Nur Akmaliah Binti Alias
*18 April 1996
*Smk Seri Berang, Kuala Berang, Hulu Terengganu.
*Alias Bin Ismail (Ayah), Rosmawati Abdullah (Ibu)
*Pernah menyertai Kem Pembinaan Bakat Remaja 1Malaysia 2012 di Port Dickson, Negeri Sembilan.
*Pernah memenangi tempat ke-3 Hadiah Galakan Tunas Remaja peringkat kebangsaan, tempat ke-2 Pertandingan Puisi dan Lagu peringkat negeri, johan Pertandingan Drama Komsas peringkat daerah, Pelajar Harapan Bahasa Melayu, tempat ke-2 Pertandingan Speech Choir Piala DiRaja, johan Pertandingan Deklamasi Puisi sambutan kemerdekaan/pencegahan dadah/ hari guru peringkat negeri, johan Pertandingan Esei Kebersihan peringkat negeri.
*Pernah tersiar cerpen "Seorang Anjing" September 2012 dan "Teh Herba untuk Farid" Mac 2014 di halaman Cerpen daripada Sisiwa dalam Majalah Dewan Siswa.
*Merupakan mantan peserta Minggu Penulis Remaja (MPR) 2013.

Saturday 13 September 2014

Peringatan Untuk Umat Akhir Zaman


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hari ni ana ada sedikit nasihat untuk semua umat Islam di bumi bumi ini. =)


Kepada akak-akak, kawan-kawan yang baru masuk ke alam kampus dan sebagainya..
Kalau kamu dari "SEKOLAH" agama atau kamu dari "KELUARGA" yang beragama, jangan tinggal "AGAMA" itu dirumah atau disekolah kamu..

Bawalah "AGAMA" itu bersama kamu kemana sahaja kamu pergi dan apa pun yang kamu buat..

Jangan dulu disekolah kamu bertudung labuh menutup aurat dengan sempurna, tapi bila masuk dalam kampus kamu tinggal itu semua hingga sanggup mendedahkan aurat kamu..

Jangan dulu disekolah kamu "MALU" untuk berhubung antara lelaki dan perempuan, tapi dikampus kamu tinggal rasa "MALU" itu disekolah atau dirumah..

Jangan disekolah atau dirumah kamu membenci dan mengharamkan "COUPLE" tapi dikampus kamu tergamak untuk melakukan apa yang kamu pernah haramkan dulu..

Bawalah "AGAMA" itu bersama kamu setiap waktu.. Kerana itulah "PELINDUNG" kamu didalam kampus dari terjebak denngan perkara yang tidak baik...

Biarlah orang lain terpengaruh dengan "AGAMA" yang kamu bawa, jangan biarkan diri kamu terpengaruh dengan orang yang tidak ada agama pada diri mereka..

Jika kamu tinggalkan "AGAMA" kamu, kamu bakal dibaham oleh "SYAITAN/MANUSIA" yang nak menyesatkan kamu..

"BERBANGGALAH" kalian yang membawa agama bersama kerana kalian bersama Allah..

"CELAKALAH" bagi orang yang meninggalkan agama kerana manusia, harta, pangkat dan nama..

Dengan agamalah kamu akan selamat... Tanpa agama kamu binasa...



::: Peringatan Untuk Ummat Akhir Zaman :::

Jazaakumullah Khairan Katsiran Wa Jazaakumullah Ahsanal Jaza
(جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء)
“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Terima kasih sudi baca entry ni :)

Saturday 6 September 2014

ADAKAH KITA TELAH BUAT DAN PRAKTIKKAN 55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W.???

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.







Hari ini liya nak berkongsi tentang 55 amalan sunnah Rasulullah S.A.W. Jom prakktikkan untuk kebaikan diri. =D


1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.















Jazaakumullah Khairan Katsiran Wa Jazaakumullah Ahsanal Jaza
(جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء)
“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Terima kasih sudi baca entry ni :)

Sunday 31 August 2014

PEMENANG FIRST GIVEAWAY: [29] ULANG TAHUN PERKAHWINAN MA DAN ABAH

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



     Terlebih dahulu Liya nak meminta maaf jika terdapat khilaf sepanjang GA :[29] ULANG TAHUN PERKAHWINAN MA DAN ABAH ini berlangsung. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga atas doa-doa dan ucapan daripada kalian untuk ibu bapa Liya. Semoga doa-doa dan ucapan tersebut dapat menjadi pemangkin dan penyeri kebahagiaan kami sekeluarga di dunia dan akhirat, InsyaAllah... Liya amat menghargai jasa baik kalian. Allahuma Amin...



Cabutan undi ini dilakukan oleh ibu Liya (ROSMAWATI ABDULLAH).



PENGUMUMAN PEMENANG FIRST GIVEAWAY:  [29] ULANG TAHUN PERKAHWINAN MA DAN ABAH

ENTRI PESERTA PALING KREATIF DAN MENARIK
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Terima kasih sudi baca entry ni :)

Tuesday 19 August 2014

4 SYARAT AURAT SOLAT TANPA TELEKUNG

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.






Setiap hari selepas tamat P&P, sekolah liya akan buat solat zuhur berjemaah. Liya tak bawa telekung sebab liya solat dengan pakaian sekolah saja. Ramai yang pelik dan hairan sebab hanya liya sorang saja yang tak pakai telekung. Tak salah pun sebenarnya... Asalkan kita menutup bahagian aurat kita.
Jadi, hari ni liya nak berkongsi tentang 4 SYARAT AURAT SOLAT TANPA TELEKUNG.

SYARAT 1 :
MESTILAH MENUTUP DAGU.
Ramai orang solat tanpa telekung tak bertutup lohong dagu dia. Kalau pakai tudung bawal, boleh pin kan bahagian tepi. Kalau pakai tudung sarung, kena la pakai dua lapis untuk tutup dagu tu. Gunalah style apapun, yang penting mesti tutup. Jangan lupa pin kan belakang tudung dengan baju! Nanti time sujud, boleh terselak tudung. Nanti nampak leher, batal pulak. Jangan lupa bab tu.
Isu dagu ni terdapat khilaf, canggah pendapat. Jadi, ikutlah mana yang rasa betul.











SYARAT 2 :
SEELOK-ELOKNYA PAKAI HANDSOCKS!
Ya, sebab ketika melakukan pergerakan solat, ada kemungkinan baju lengan kita boleh tersingkap dan nampak aurat. Memang kita boleh cepat-cepat betulkan, tapi solat kita akan jadi sangat tak selesa dan kita tak sedar kalau terbukak aurat So, kenalah pakai ok. Handsocks ni memang digalakkan.

SYARAT 3 :
KAIN TIDAK JARANG & NAMPAK DALAM.
Seeloknya solat tanpa telekung biarlah pakai kain. Jadi bentuk kaki semua lagi yakin tertutup. Cuma, pakailah seluar kat dalam kain. Nanti time solat tersingkap kain tu, susah jugak. Baju rasanya tak perlu risau. Cuma perlu labuh dan longgar. Kalau pakai tudung labuh, lagi mudah. Dan tudung bawal ni kadang-kadang boleh nampak bayang-bayang leher kita, jadi pastikan takde bayang-bayang semua sebelum solat, ok. Nanti terbatal solat, sayang je kita solat.

SYARAT 4 :
PAKAI STOKIN TEBAL.
Pastikan stokin yang dipakai kenalah longgar dan tak nampak warna kulit kaki kita. Dan tak nampak bentuk jari antara kaki. Jadi, kita kena kasi longgar-longgar sikit stokin tu. Apapun, nampak jari kat stokin tu pun ada khilaf jugak, bercanggah pandangan. Ada yang kata nampak bentuk dimaafkan pada syarak. Allahhua'lam..Sebab tu la tak digalakkan pakai stokin terlalu pendek dan nipis. Nanti susah nak solat.

Banyak benda perlu berhati-hati kalau nak solat tanpa telekung, terutama bila lakukan pergerakan solat. Sebab tu pakaian semua perlu longgar dan tudung seeloknya labuh.



Untuk kelengkapan solat, liya akan sediakan sehelai sapu tangan, sarung tangan warna hitam, handsock, stokin tebal dan beberapa pin untuk dibawa ke sekolah.

1. Liya menggunakan sapu tangan kecil untuk menutup dagu. (liya lebih selesa menggunakan sapu tangan berbanding pelapik dagu ^^)
2. Sarung tangan untuk menutup jari-jari dan tapak tangan manakala handsock untuk menutup bahagian lengan. (bimbang lengan baju terselak)
3. Pin digunakan untuk pin pelapik dagu rekaan sendir, bahagian depan dan belakang tudung sebab liya pakai tudung sekolah, bukannya tudung bawal biasa.

















Liya harap kawan-kawan dapat manfaat daripada entri ini. =)



Jazaakumullah Khairan Katsiran Wa Jazaakumullah Ahsanal Jaza
(جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء)
“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Terima kasih sudi baca entry ni :)

Saturday 9 August 2014

Senarai Peserta "FIRST GIVEAWAY: [29] ULANG TAHUN PERKAHWINAN MA DAN ABAH"

Bismillahirrahmanirrahim...

Ini ialah senarai blog peserta FIRST GIVEAWAY:  [29] ULANG TAHUN PERKAHWINAN MA DAN ABAH. Semoga dengan adanya senarai ini, kita dapat menjalinkan hubungan silaturahim melalui meninggalkan jejak di rakan-rakan blogger. ^^


Sila semak link entri masing-masing.
 Kalau tak ada link entri atau terdapat link entri yang sama,
 sila komen di entri ini
Bagi yang belum menyertai giveaway ini, boleh klik SINI.



Senarai Peserta
"FIRST GIVEAWAY:  [29] ULANG TAHUN PERKAHWINAN MA DAN ABAH"


1. http://asyuasyuranovelis.blogspot.com/2014/07/first-giveaway-29-ulang-tahun.html

2. http://raradeluxe.blogspot.com/2014/07/first-giveaway-29-ulang-tahun.html

3. http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2014/07/first-giveaway-29-ulang-tahun.html

4. http://theonlygirl98.blogspot.com/2014/07/first-giveaway-29-ulang-tahun.html

5. http://darlingninie-cgl.blogspot.com/2014/07/first-giveaway-29-ulang-tahun.html

6. http://zieta-theimaginarydream.blogspot.com/2014/07/first-giveaway-29-ulang-tahun.html

7. http://satujanjikita.blogspot.com/2014/07/first-giveaway-29-ulang-tahun.html

8. http://diarisihazimah.blogspot.com/2014/07/first-giveaway-29-ulang-tahun.html

9. http://hurinnadhirah.blogspot.com/2014/08/first-giveaway-29-ulang-tahun.html

10. http://ceritahatiputriayu.blogspot.com/2014/08/first-giveaway-29-ulang-tahun.html

11. http://sarahhanim.blogspot.com/2014/08/first-giveaway-29-ulang-tahun.html

12. Awak seterusnya...



Terima kasih sudi baca entry ni :)

Thursday 17 July 2014

Segmen Jom Blogwalk ! by Mellya


Assalammualaikum.


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Dengan sukacitanya Mellya merasmikan Segmen Blogwalk kecil-kecilan anjuran Mellya sendiri. Hihi harap ramailah yang sudi join. Tambah kenalan, tambah page views sekali ye.


TAMAT 24 JULY 2014.
Syarat penyertaan :

**SYARAT WAJIB**
Create post bertajuk "Segmen Jom Blogwalk ! by Mellya"

Tinggalkan link penyertaan di entry ini sahaja 

**SYARAT TAK WAJIB** 
Follow Blog dan tekan iklan yang ada

P/S : Terima Kasih daun keladi bagi yang menjayakan Giveaway Mellya dan Iola serta Simple Giveaway Projek Dress Bajet. Tahniah juga buat pemenang :)



Terima kasih sudi baca entry ni :)

Monday 14 July 2014

Segmen : Mini Topup Giveaway 2 By Jurnal Setiausaha Lelaki

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.



Klik SINI untuk menyertainya. =)

TAMAT: 15 JULAI 2014


Terima kasih sudi baca entry ni :)

Saturday 12 July 2014

FIRST GIVEAWAY: [29] ULANG TAHUN PERKAHWINAN MA DAN ABAH


DIPAKU HINGGA 30 OGOS 2014
-TAMAT-


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Apa khabar kawan-kawan? Sihat? Alhamdulillah...
Memandangkan esok (AHAD: 13 Julai 2014), liya ingin melancarkan FIRST GIVEAWAY:  [29] ULANG TAHUN PERKAHWINAN MA DAN ABAH.
Tujuan giveaway ini dilancarkan sempena menyambut ulang tahun perkahwinan Ma dan Abah liya yang ke- 29. Giveaway ini berlangsung selama SEBULAN bermula 12 Julai 2014 hingga 12 Ogos 2014.





Sedikit sebanyak tentang keluarga kami.
Liya mempunyai 2 abang dan seorang adik lelaki. Maknanya, liya anak perempuan tunggal. :D
1. Ma seorang suri rumah sepenuh masa. ( sayang ma :* )
2. Abah seorang pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), novelis, cerpenis berjaya. Beliau mempunyai beberapa buah novel sendiri antaranya: Priiit! , Kumpulan Cerpen Remaja: Ralat dan lain-lain. :)


NAMA-NAMA AHLI KELUARGA

Ma : Puan Rosmawati Binti Abdullah.
Abah : Encik Alias Ismail.
Along : Mohd Sallehuddin Bin Alias.
Angah : Muhamad Imran Bin Alias.
Saya : Nur Akmaliah Binti Alias
Adik : Azharuddin Bin Alias

Syarat-syarat:

1. FOLLOW blog liya.

2. ADD facebook Liya dan Din.

3. FOLLOW twitter liya.

4. Like saja fanpage ni : Azhar Olivier Giroud.

5. Buat ucapan khas untuk ibu bapa liya.

6. Ceritakan sedikit sebanyak tentang keluarga awak. :)

7. Sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak, anda mesti menceritakan kisah/ ragam di bulan puasa
* mesti berdasarkan pengalaman

8.. Klik butang comel di bawah:
* sampai habis loading

                     


9. tekan butang seperti ini di entri bahagian bawah:


selepas tekan, butang tersebut menjadi warna merah seperti ini:


Cara mudah:

1. Follow semua syarat. (WAJIB)

2. Buat entri bertajuk: "FIRST GIVEAWAY:  [29] ULANG TAHUN PERKAHWINAN MA DAN ABAH"

3. Letak banner di entri. ( klik banner, bawa banner ke entri anda dan tampal)

4. Backlink kan ke sini.

5. PUBLISH!

6. Tinggalkan e-mel dan URL entri anda (link entri giveaway ye?)
Di ruangan komen entri ini sahaja.

7. Ibu bapa liya akan cabut undi pemenang-pemenang yang bertuah, bukannya menggunakan random.org :)

8. Entri peserta yang paling kreatif dan menarik dalam mengolah ayat-ayat puitis tentang ucapan untuk ibu bapa liya dan kisah/ ragam dalam bulan puasa akan mendapat novel yang ditulis oleh Abah liya sendiri! :D
Novel apa?
Novel itu akan diumumkan tajuknya beserta gambar novel apabila sudah dapat pemenangnya. ^_^



Hadiah???

  • Novel Abah liya sendiri untuk entri peserta paling kreatif dan menarik. [x1]
  • Sejadah mini + comel [x2]
  • Perhiasan meja kalimah Allah S.W.T [x1]
  • Perhiasan meja kalimah Nabi Muhammad S.A.W [x1]
  • Perhiasan meja ayat Al-Kursi [x1]
  • Bear kecil Minions (JOSH) [x1]
  • Keychain Minions (BILL) [x1]





Mudah saja... kan?
Jom ramai-ramai memeriahkan FIRST GIVEAWAY:  [29] ULANG TAHUN PERKAHWINAN MA DAN ABAH. ^_^
Hadiah akan bertambah sekiranya jumlah peserta melebihi 25 orang.

[NEW]
Beberapa hadiah yang ditawarkan untuk pemenang akan DITARIK BALIK/ DIKURANGKAN sekiranya para peserta yang menyertainya TIDAK MENCAPAI 20 ORANG.



Jazakallahu khairan kathira...

Terima kasih sudi baca entry ni :)

Tuesday 8 July 2014

Giveaway Simple Bah


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...





Klik SINI untuk sertai. :)

Terima kasih sudi baca entry ni :)

Friday 4 July 2014

BIG BIG JUNE BIRTHDAY GIVEAWAY BY RARA FARHANA




BIG BIG JUNE BIRTHDAY GIVEAWAY BY RARA FARHANA

Rara Farhana menjemput anda semua untuk join Big Big June Birthday Giveaway By Rara Farhana! Pelbagai hadiah yang awesome lagi best menanti anda! Jom kita ramai-ramai join bagi memeriahkan lagi giveaway ini. Tekan banner di atas untuk joinnnn :D
TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 20 JULY 2014

Birthday Wish To Rara Farhana:
May your birthday bring a smile to your face, happiness to your heart and many blessings to your life. :)
HAPPY BIRTHDAY, RARA FARHANA!

Salam ukhwah, Rara... :D
Btw, blog Rara comel la... M.E.L.T.I.N.G!
Tolong editkan blog untuk liya, boleh??? :3

Big Big June Birthday Giveaway By Rara Farhana ini ditaja khas oleh Anisyamir Leejo, ANa Ahmad, Fatin Umira, Ismah, Keyranazleen, Sya Nissa dan Syaz. Terima kasih kepada semua penaja. Semoga dimurahkan rezeki anda semua :)

p/s: Liya takde instagram. :)

Terima kasih sudi baca entry ni :)

Thursday 26 June 2014

Giveaway Novel Meletop - Novel Acik Lana





[ KLIK BANNER UNTUK TURUT SERTA ]


Giveaway ini akan ada dua slot dan ini merupakan slot pertama iaitu Slot.1: Novel Acik Lana yang akan berakhir pada 10 Julai. Hanya seorang pemenang TOP REFERRAL yang akan memenangi salah satu novel Acik Lana. Tajuknya anda akan tahu apabila pemenang diumumkan.

Hadiah pemenang akan diberi selepas slot kedua giveaway ini berkahir. Slot.2: Novel Sara Aisha pula akan diadakan pada 17 Julai dan anda semua boleh menyertai kedua-dua slot ini jika pada slot pertama anda tidak menang. Pemilihan pemenang berdasarkan top referral. Lihat SINI atau SINI cara-cara menjadi topreferral.


RAKAN-RAKAN LAIN TURUT DIJEMPUT UNTUK MENYERTAI GIVEAWAY NOVEL MELTOP YANG DITAJA SEPENUHNYA OLEH NIK AINAA.

Terima kasih sudi baca entry ni :)

Sunday 22 June 2014

Perginya sahabat dan peneman sejati

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hari ni aku nak berkongsi cerita tentang haiwan peliharaan Nabi Muhammad S.A.W.
Tau tak haiwan apa?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
kucing la... :)

Liya ada 5 ekor kucing iaitu
Putih (Si ayah), Apache (Si Ibu), Yaya (Adik kepada Ibu), Kapas dan Kabu (Anak kembar Si Ibu)

     Aku mulakan cerita ni pada hari Ahad (15 Jun 2014).
Pada hari tersebut, aku kurang sihat (pening + demam). Jadi, aku tak layan kucing-kucing aku. Aku terjaga daripada tidur, sudah waktu Maghrib. Lepas selesai bersihkan diri dan solat, aku cari-cari Kapas tapi tak ada.

     "Ma, Kapas mana?"

     "Ada... Mungkin dia buang air besar. Tengah hari tadi Kapas muntah whiskas"

     "Yeke?" Hati aku terasa sangat lain pada waktu itu. Aku cuba buang perasaan negatif tapi tak boleh. Dengan kadar segera, aku pergi mengambil lampu suluh untuk mencari Kapas. Yaya dan Kabu juga turut serta mencari. Habis satu halaman rumah aku cari, selak tapi tak jumpa. Aku agak kecewa sebab tak layan Kapas, kembarnya dan juga Yaya pada hari itu. 10 minit selepas itu, jumpa juga Kapas di dalam semak berdekatan pasu bunga. Kapas kelihatan kurang sihat. Bulunya meremang. Kebiasaannya, kucing tak sihat bila bulunya meremang. Aku dan ma cuba suap susu cair kepada Kapas tetapi hanya 3 kali teguk saja. Aku usap-usap dia dan berkata, "Jom tidur dengan kak de malam ni, nak? Kapas tak sihat ni... Macam kak de juga, tak sihat." Aku cium pipi dia 2 kali. Selepas basuh pinggan mangkuk kucing, aku lihat Kapas dah tak ada di beranda. Mungkin dia duduk di laman lagi.

     Pagi esoknya (Isnin), aku bersekolah (tingkatan enam) seperti biasa. Hari tu, perasaan serba salah dan susah hati selalu timbul sampai aku tak dapat nak fokus semasa cikgu mengajar. Tambahan pula, aku demam + pening. :(

     Kebiasaannya, aku akan beli minuman seperti cendol atau ABC 2 bungkus. Satu untuk aku, satu lagi untuk ma. Disebabkan perasaan tak tentu, aku pulang dahulu ke rumah.

   "Ma, Kapas mana?"

   "Kapas dah tak ada... Pukul 1 petang tadi. Ma ingat nak tanam tapi tunggu kak de balik dulu. Mungkin kak de nak rakam, tangkap gambar atau lihat untuk kali terakhir."

     "Ma letak Kapas di mana?"

     "Ada di dalam kotak di tempat parkir motorsikal."

     Itulah kali terakhir aku melihat Kapas. Aku juga sempat merakam dan mengambil gambar sebagai kenangan. Manalah tahu, jika dipanjangkan umur, aku dapat menunjukkan video dan gambar Kapas kepada anak-anak aku kelak.

     5 hari selepas kematian Kapas iaitu pada hari Sabtu (21 Jun 2014), Yaya pula sakit dan akhirnya meninggalkan kami sekeluarga pada pukul 6.48 petang. Semasa saat-saat akhir, aku dapat menemani Yaya sehingga Yaya tiada. Kata Ma, situasi Yaya mati sama dengan Kapas. Mulutnya berbuih warna putih, terlau cepat mati padahal sakit hanya beberapa jam sebelum itu. Abah membuat andaian bahawa Yaya dan Kapas mati akibat keracunan makanan. Pagi tadi, ma terjumpa bangkai tikus yang kena racun. Benarlah bahawa Yaya dan Kapas mati disebabkan itu. Apache hilang 2 bulan lebih awal. Mungkin Apache juga mati terkena racun dan tak sempat untuk pulang ke rumah kerana kehilangannya sungguh misteri. Pelik. Mungkin Apache mati dalam semak belakang rumah jiran dan sebagainya.

    Kini, hanya tinggal 2 ekor saja kucing iaitu Putih dan Kabu, kembar kepada Kapas. Kabu yang bersikap nakal, suka bermain serta suka makan berebut selalu murung. Kalau nak makan, Kabu akan toleh kiri dan kanan dulu. Makan pun dah kurang. tak macam dulu. Bila Putih balik rumah, baru Kabu makan. Petang tadi aku bermain-main dengan Kabu. Aku ikatkan tali di kaki kiri dan berlari. Bila Kabu nampak tali bergerak-gerak, Kabu terus kejar. Boleh kurus aku kalau buat hari-hari. :D

     Abah juga tak kasi Kabu tidur di luar rumah. Kabu diberi keistimewaan tidur di dalam rumah untuk elakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Kata Abah, mencegah lebih baik daripada mengubati.

     Dengan perasaan hiba, aku kuatkan hati. Memang aku tak boleh terima kenyataan bahawa Kapas dan Yaya dah pergi. Mereka sebahagian daripada hidup aku. Mungkin orang akan pelik sebab aku menangis kerana kematian haiwan peliharaan. Serius, aku memang sensitif tentang kucing. Mungkin sebab aku membesar bersama-sama kucing sehingga aku lebih mementingkan kucing daripada perkara-perkara lain. Bila aku rindu Kapas dan Yaya, aku akan tonton video dan gambar-gambar dia daripada kecil hingga besar.
Sebak, sedih, kecewa semua ada. Namun, perancangan Allah S.W.T. lebih baik dan mengatasi segala-galanya. :')
Kata Abah, Allah S.W.T. lebih sayangkan Kapas dan Yaya. Haiwan yang baik terus masuk syurga tau...

La tahzan rabbuna maa'na.
Allahurabbi....


GAMBAR-GAMBAR KUCING PELIHARAAN




Gambar Apache, Kapas, Kabu, Yaya ketika baru dilahirkan






Putih (Si Ayah) ketika muda :D






Kabu dan Kapas (Kembar)
Kapas: 21 Disember 2013 hingga 16 Jun 2014






Yaya ketika kecil.
Yaya: 2 November 2013 hingga 21 Jun 2014.





Sentiasalah berpegang kepada kata-kata ini:


Time spent with cats is never wasted. - Sigmund Freud





Dear cats,
   Forever is a long, long time, but I wouldn't mind spending it by your side. Tell me, every day, I get to wake up to that SMILE.
I wouldn't mind it at all.






Sekian, terima kasih.
Semoga bermanfaat.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...





Terima kasih sudi baca entry ni :)

Wednesday 11 June 2014

Khasiat Kari

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hari ni liya nak kongsi tentang khasiat kari. Ramai yang tak tahu daun kari merupakan salah satu daun yang baik untuk kesihatan. Jom baca! :D



SUMBER FOTO: PAK CIK GOOGLE :D




Khasiat Kari

1. Penawar cirit-birit dan buasir

- Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus duan kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar cirit-birit dan buasir.


2. Loya dan pening

- Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau lipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening. Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dengan mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung.

3. Diabetes

- Rebus kulit batangnya yang kering dan minum airnya. Boleh mengawal diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.
4. Agar rambut panjang dan sihat

-Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari. Masakkan ia sehingga hangus. Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.


5. Merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa

- Buahnya dimasak dengan minyak kelapa hingga hitam. Hancurkan dan tampal ke tempat gigitan haiwan berbisa.


6. Lebam dan bengkak

- Daunnya dihancurkan dan dijadikan pes untuk ditampal pada bahagian yang lebam dan bengkak itu.


7. Kecantikan dan kesihatan diri

- Amalkan minum air rebusan daun, akar, kulit kayu, batang dan bunga kari.


P/S : Selamat Mencuba


Terima kasih sudi baca entry ni :)

Giveaway [3]: 1st Anniversary Yana & Dean




1 Jun 2013 ~ 1 Jun 2014 
Dengan ini Yana Pink Blossom melancarkan Giveaway [3] : 1st Anniversary Yana & Dean. Giveaway ni dianjurkan sempena menyambut genap setahun usia perkahwinan Yana & Dean. 


[ Klik Banner Untuk Join ]


SENARAI HADIAH :-

5 buah Al-Quran + DVD (Tafsir + Tajwid) x 5 pemenang (Random.org)
Cash RM20 x 1 pemenang (Top Referral)
Cash RM20 x 1 pemenang (Ucapan Paling Kreatif & Menarik)


UCAPAN UNTUK YANA & DEAN :-

Wishing you a anniversary blooming with happiness and wonderful moment!
May all your wishes come true...
HAPPY ANNIVERSARY! :D
(ikhlas dari hati)



*Nota : Semoga bloggerista semua sudi support GA ni dan mendoakan yang terbaik buat kami Yana & Dean. Semoga dengan doa-doa daripada kalian, impian Yana & Dean akan tercapai. Insyaallah.





Terima kasih sudi baca entry ni :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers





This blog fully designed by NADYA SHAFIQA|Don't copypaste!|Allright reserved by LIYA WINCHESTER