Myself

Nur Akmaliah Binti Alias
*18 April 1996
*Smk Seri Berang, Kuala Berang, Hulu Terengganu.
*Alias Bin Ismail (Ayah), Rosmawati Abdullah (Ibu)
*Pernah menyertai Kem Pembinaan Bakat Remaja 1Malaysia 2012 di Port Dickson, Negeri Sembilan.
*Pernah memenangi tempat ke-3 Hadiah Galakan Tunas Remaja peringkat kebangsaan, tempat ke-2 Pertandingan Puisi dan Lagu peringkat negeri, johan Pertandingan Drama Komsas peringkat daerah, Pelajar Harapan Bahasa Melayu, tempat ke-2 Pertandingan Speech Choir Piala DiRaja, johan Pertandingan Deklamasi Puisi sambutan kemerdekaan/pencegahan dadah/ hari guru peringkat negeri, johan Pertandingan Esei Kebersihan peringkat negeri.
*Pernah tersiar cerpen "Seorang Anjing" September 2012 dan "Teh Herba untuk Farid" Mac 2014 di halaman Cerpen daripada Sisiwa dalam Majalah Dewan Siswa.
*Merupakan mantan peserta Minggu Penulis Remaja (MPR) 2013.

Thursday 13 March 2014

♥ Dunia Remaja ♥

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!

     Huh... Dah lama tak buka blog. Dah berhabuk blog ni. ^_^ Kali terakhir kemaskini blog ni 09 November 2013. Hampir 4 bulan tak jenguk blog. Maklumlah... sibuk dengan dunia remaja. Hahaha... Tak adalah, sibuk dengan urusan kerja. Oh ya, lupa nak beritahu yang saya dah kerja sekarang. Jadi jurutaip di sebuah syarikat ternama di Bangsar, Kuala Lumpur. Daripada duduk di rumah tanpa hala tuju, baik kerja. Ada juga gaji sendiri untuk simpanan belajar ataupun lain-lain. Kerja di sini memang seronok. Kerja edit bahan-bahan komsas untuk pelajar-pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Memang kena dengan minatlah. Abah pula edit bahan-bahan bahagian tatabahasa dan karangan. Gaji? Tak payah dibahaskan pasal gaji. Tu semua tak penting. Asalkan kita seronok melakukan kerja, itu sudah memadai. Biasalah, kerja sementara... Kalau kerja tetap, baru fikir pasal gaji. Buat masa sekarang ni, keluarga yang tanggung makan dan minum, jadi tak kisah la gaji dapat banyak manapun. Asalkan ikhlas dan rajin macam saya ni haaa... Saya ada kongsikan beberapa keping gambar syarikat majikan saya (Learning Port).

p/s: lain kali update pasal result SPM (caiyok, caiyok!) #blushing ~ ♥






Terima kasih sudi baca entry ni :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers





This blog fully designed by NADYA SHAFIQA|Don't copypaste!|Allright reserved by LIYA WINCHESTER