Myself

Nur Akmaliah Binti Alias
*18 April 1996
*Smk Seri Berang, Kuala Berang, Hulu Terengganu.
*Alias Bin Ismail (Ayah), Rosmawati Abdullah (Ibu)
*Pernah menyertai Kem Pembinaan Bakat Remaja 1Malaysia 2012 di Port Dickson, Negeri Sembilan.
*Pernah memenangi tempat ke-3 Hadiah Galakan Tunas Remaja peringkat kebangsaan, tempat ke-2 Pertandingan Puisi dan Lagu peringkat negeri, johan Pertandingan Drama Komsas peringkat daerah, Pelajar Harapan Bahasa Melayu, tempat ke-2 Pertandingan Speech Choir Piala DiRaja, johan Pertandingan Deklamasi Puisi sambutan kemerdekaan/pencegahan dadah/ hari guru peringkat negeri, johan Pertandingan Esei Kebersihan peringkat negeri.
*Pernah tersiar cerpen "Seorang Anjing" September 2012 dan "Teh Herba untuk Farid" Mac 2014 di halaman Cerpen daripada Sisiwa dalam Majalah Dewan Siswa.
*Merupakan mantan peserta Minggu Penulis Remaja (MPR) 2013.

Sunday 20 April 2014

Bagaimana nak baiki ketidaktulenan atau not genuine bagi Windows 7?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


     Semalam komputer liya tetiba di bahagian bawah sebelah kanan tertulis "This copy of Windows is not genuine."


Semua gambar dalam entri ini adalah daripada Encik Google
*Harap maklum*



     Malam ni liya nak buat tutorial tentang bagaimana nak baiki ketidaktulenan atau dalam Bahasa Inggeris not genuine bagi Windows 7.


Pertama: tekan butang start dan cari cmd.





Kedua: taip SLMGR -REARM seperti gambar di bawah dan tekan ENTER.
*Huruf R SEBELUM tanda "-" perlu dijauhkan. Huruf R SELEPAS tanda "-" perlu didekatkan.*




Ketiga: restart semula komputer/ laptop. Selepas restart, kawan-kawan lihat bahagian bawah sebelah kanan. Masih ada atau tidak perkataan "This copy of Windows is not genuine." Kalau tak ada, kawan-kawan bolehlah tetapkan (setting) latar belakang komputer/ laptop.

Mudah kan?

Liya harap tutorial ini membantu kawan-kawan. Terima kasih.
Assalamualaikum...






Terima kasih sudi baca entry ni :)

Friday 18 April 2014

Cinta Pandang Pertama

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Apa khabar? Sihat kan? Alhamdulillah...
Ehem, ehem. Untuk pengetahuan kawan-kawan, hari ni ( Jumaat ) (18.04.2014) adalah hari lahir liya. Yeay!






Ada seorang sahabat liya, dia cakap, "Hari ni 18 April kan? Ohhh TIDAKKK!!! I'm sooo sorry ~ Patutlah bad mood je. Hahaha..."
Semalam mintak tolong sepupu dia yang tolong beritahu. Sepupu pun dua kali lima dengan dia. -_-
Tak apalah... Sekurang-kurangnya dia ingat juga lahir lahir liya. Teman istimewa tuuu ~

Ok, sempena hari kelahiran liya, liya nak kongsikan beberapa  post sahabat-sahabat yang sempat liya print screen di laman sosial  facebook dan twitter.

JOM TERJAH!

Facebook

1. Post dari kawan karib ketika sekolah menengah. Mardiana Mohd Diah
Mar, serius, aku terharu :')



2. Post daripada adik kandung, Azharuddin Alias.




Sahabat-sahabat serta saudara-mara turut post di wall facebook liya.











Twitter














Pihak Google dan akaun ask.fm





Kesimpulannya, jika tanpa ibu bapa, kita tidak akan dilahirkan di dunia ini. Kun fa ya kun...
Alhamdulillah... Terima kasih khas buat Ma dan Abah kerana membesarkan kak de dengan baik.
Terima kasih juga kerana memberikan ilmu dunia dan ilmu akhirat untuk membentuk kak de menjadi anak yang bertanggungjawab dan boleh diharapkan.

FAMILY
Father
And
Mother
I
Love
You


"Aku percaya akan cinta pandang pertama kerana aku masih cinta akan ibu dan ayah ketika saat pertama kali aku membuka mata."
:')


Terima kasih sudi baca entry ni :)

Thursday 17 April 2014

Pekebun Muda

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Apa khabar? Sihat? Hari ni liya nak cerita pasal "kebun mini" belakang rumah liya. Abah tanam benih timun, kacang panjang, lada, terung, kacang botol, tebu, daun cekak manis, dan lain-lain. Serius, cantik!
Makin membesar, makin banyak guna air. Seronok sangat. Dah macam petani jadinya.

Hakhak >.<
Ini pekerjaan liya sebagai pelajar lepasan SPM. Eh Bukan pekerjaan... tapi tanggungjawab. Ya, tanggungjawab. Bak kata pepatah melayu, "Berbaktilah kepada tanah."


Macam mana nak suburkan tanaman?
1. Selalu gemburkan tanah.
2. Siram pagi dan petang ( 2 kali sehari )
3. Sembur racun serangga  kali sebulan.
4. Letak baja asli dan abu (serbuk warna hitam yang lepas kita bakar sampah tuuu...)
5. Jangan malas ( hahahaha )

DAHULU






SEKARANG





Tengok? Dah membuahkan hasil. :D
Kacang panjang banyak sampai tak larat nak kutip.
Timun pulak besar-besar je buah.
Yum yum.... SEDAP!

Telatah kucing-kucing belaan. ( Comel, Kabu, Kapas, Abuya ).
Pagi dan petang asyik melepak kat kebun mini.
SEJUK dan NYAMAN!
Hakhak :3



Terima kasih sudi baca entry ni :)

Monday 14 April 2014

Aurat Wanita ♥


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, sahabat!

Semalam liya kemas kini blog tentang DAJJAL. Hari nak bercerita tentang Aurat Wanita.


Kenapa liya pilih tajuk ni?
Sebab ramai kaum hawa di luar sana "kurang" menitikberatkan soal aurat.

Tak mengapa... Masih ada waktu untuk kita perbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik, insan yang lebih mulia di sisi-Nya. Insya-Allah...

Apa itu "AURAT" ???

Aurat dari segi bahasa; ialah keaiban, manakala dari segi istilah syarak; ialah bahagian-bahagian tertentu pada tubuh manusia yang wajib ditutup.
Jadi, aurat bermaksud bahagia-bahagian tertentu yang wajib dilindungi daripada pandangan orang ajnabi kerana perbuatan tersebut dianggap suatu yang mengaibkan di sisi agama Islam.
Aurat lelaki:
Lelaki yang akil baligh wajib menutup aurat dengan sempurna mengikut syarak. Batasan aurat lelaki telah pun jelas disebut oleh Rasulullahlah s.a.w. melalui hadis yang diriwayatkan oleh Darul Qutni ” aurat lelaki ialah bahagian di antara pusat dan lutut”.
Walaupun begitu, mengikut pandangan ulama aurat lelaki berbeza mengikut situasi yang dihadapinya, di antaranya adalah seperti berikut:
a) Ketika solat – antara pusat dan lutut.
b) Di hadapan wanita yang bukan mahram – seluruh anggota badan
c) Di hadapan lelaki dan wanita yang mahramnya – antara pusat dan lutut.
d) Ketika seorang diri di tempat sunyi – qubul dan dubur sahaja.
Aurat wanita:
Syarak telah menetapkan bahawa aurat wanita lebih daripada aurat lelaki. Antara dalil yang menjelaskan batasan aurat wanita ialah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud ” seorang gadis yang apabila telah kedatangan haid tidak dibenarkan mendedahkan tubuhnya melainkan muka dan dua tapak tangan hingga pergelangan tangan”.
Termasuk di dalam kategori mendedahkan aurat juga ialah memakai pakaian yang nipis. Kerana menurut satu hadis bahawa pada suatu hari Asma’ binti Abu Bakar telah berkunjung ke rumah Rasulullah s.a.w. dengan memakai pakaian yang agak nipis sehingga menampakkan warna kulitnya, lalu baginda menegur ” wahai Asma’, seorang perempuan apabila kedatangan haid tidak harus dilihat kepadanya kecuali ini dan ini sahaja”. Sambil baginda mengisyaratkan ke muka dan tapak tangannya.
Dalam satu riwayat lain, Hafsah binti Abdul Rahman berkunjung ke rumah Aisyah (isteri Rasulullah s.a.w.) dengan memakai kain tudung yang nipis lalu dikoyak oleh Aisyah dan diganti dengan tudung yang tebal seraya berkata : Rasulullah pernah bersabda : Allah melaknati perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang.”
Sama seperti lelaki, wanita juga mempunyai batas aurat tertentu mengikut situasi yang dihadapinya. Antaranya ialah seperti berikut:
a) Ketika solat – seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
b) Di hadapan wanita kafir dan wanita Islam yang fasiq atau rosak akhlak – seluruh anggota kecuali kepala, muka, leher, dua tapak tangan hingga ke siku dan dua tapak kaki.
c) Di hadapan lelaki yang bukan mahram – seluruh tubuh tanpa pengecualian menurut pendapat yang muktamad dalam mazhab syafie’.



Allah SWT berfirman dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud: “Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka…”


Beberapa kesalahan yang biasa dilakukan oleh ramai Muslimah sama ada mereka sedar ataupun tidak:



  1. Berpakaian ketat dan menampakkan beberapa bahagian anggota tubuh.
  2. Menyerupai pakaian lelaki seperti berseluar panjang dan berkemeja.
  3. Menyerupai pakaian wanita-wanita kafir seperti fesyen-fesyen terkini yang jelas bercanggah dengan cara berpakaian Muslimah.
  4. Tidak menutup sebahagian anggota tubuh. Ada yang nampak telinganya, nampak lehernya, nampak rambutnya, nampak lengannya, nampak kakinya dan sebagainya.
  5. Pakaian tersebut penuh dengan perhiasan.
  6. Kainnya nipis sehingga boleh dilihat walaupun kain tersebut menutup auratnya.
  7. Pakaian yang dipakai mempunyai ciri-ciri kemahsyuran, keporpularan dan nilai-nilai kesombongan orang yang memakainya.

Antara kesilapan penutupan aurat wanita hari ini.
PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KEDUA : Bertudung tetapi ber’T-Shirt’ berlengan pendek.
KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Walaupun kita tidak sempurna, sebetulnya kita perlu sempurnakan penutupan aurat kita seperti yang disarankan oleh Rasulullah S.A.W..

Malu wanita itu mahkota tanpa istana. Sopan wanita itu perisai menjaga maruahnya. ketegasan wanita itu kubu benteng agama. Kelembutan wanita itu perhiasan budi bahasa. Kecantikan wanita itu racun menggoncang dunia. Air mata wanita itu senjata paling utama. Kehormatan wanita itu permata kemuliaannya. Ketaqwaan wanita itu permaisuri bidadari syurga...




Sebagai pemanis mulut untuk santapan sahabat, liya nak hidangkan komik islamik ni. Banyak maksud yang tersirat yang ingin disampaikan untuk kaum Adam dan kaum Hawa. 
Harap terhibur!






Terima kasih sudi baca entry ni :)

Kisah Dajjal untuk renungan bersama.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Hari ni liya nak kongsi tentang DAJJAL bagi sesiapa yang belum memahami siapa itu Dajjal.

Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta mata sebelah kanan, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka.

Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim). 

Ada beberapa ciri perwatakan Dajjal yang disebutkan dalam Hadis Rasulullah s.a.w., diantaranya: Seorang yang kelihatannya masih muda; Berbadan besar dan agak kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yang rimbun. Dan tandanya yang paling ketara sekali ada dua.
1. Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yang kecut manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan, berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.
2. Tertulis didahinya tulisan "KAFIR ( Kaf - Fa - Ra)". Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap orang Islam, sama ada seseorang itu pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yang terakihir ini belum ada pada dirinya.

Dari An-Nawwas bin Sam’an  , dia berkata: Rasulullah menyebut-nyebut perihal Dajjal pada suatu pagi. Beliau  menjelaskan Dajjal, kadang-kadang suaranya direndahkan dan kadang-kadang suaranya dikeraskan sehingga kami mengira seolah-olah Dajjal itu sudah ada di tengah-tengah pohon kurma. Maka ketika kami mendatangi tempatnya, beliau bersabda sepertinya telah mengetahui apa yang bergolak dalam perasaan kami, lalu bersabda: “Ada persoalan apa dengan kalian ini?”

Kami menjawab: “Ya Rasulullah, engkau menyebut-nyebut Dajjal pada suatu pagi, engkau merendahkan dan mengeraskan suara sehingga kami mengira bahawa ia sudah ada di tengah pohon kurma.”

Beliau bersabda: “Bukan Dajjal yang paling aku takutkan menimpa diri kalian. Jika ia keluar dan aku masih ada di tengah kalian, maka akulah yang akan mematahkan hujjahnya untuk melindungi kalian. Dan jika ia keluar dan aku tidak ada di tengah kalian, maka setiap orang menjadi pelindung dirinya sendiri dan Allah adalah penggantiku dalam melindungi setiap orang Muslim.

Sesungguhnya Dajjal adalah pemuda yang rambutnya sangat keriting, matanya menonjol keluar, seolah-olah aku menyamakannya dengan Abdul ‘Uzza al-Qathan. Maka barangsiapa yang dapat bertemu dengannya, hendaklah membacakan kepadanya ayat-ayat permulaan dari surah al-Kahf. Dajjal itu akan keluar di suatu jalanan yang terletak antara Syam dan Irak, lalu membuat kerusakan di sebelah kanan dan kirinya. Maka dari itu, wahai hamba Allah, tetapkanlah keimanan kalian.

Kami para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, berapa lama ia menetap di bumi?”

Rasulullah menjawab: “Empat puluh hari, hari pertama lamanya sama dengan setahun, hari kedua lamanya seperti sebulan, hari ketiga seperti satu minggu, sedang hari-hari berikutnya adalah sama dengan hari-hari kalian saat ini.”

Kami bertanya lagi: “Ya Rasulullah, dalam satu hari yang panjangnya satu tahun itu, apakah kami cukup seperti mengerjakan solat satu hari sahaja (yakni, solat fardhu 5 waktu).

Beliau menjawab: “Tidak, maka perkirakanlah menurut kadar jaraknya masing-masing. Jadi tetap lima kali dalam perkiraan satu hari seperti sekarang.”

Kami bertanya lagi: “Ya Rasulullah, bagaimanakah kecepatannya menjelajah bumi?”

Beliau bersabda: “Bagaikan hujan yang tertiup angin. Dajjal itu datang kepada suatu kaum, lalu ia mengajak mereka, kemudian mereka pun beriman kepadanya dan patuh pada apa yang dikehendakinya. Ia menyuruh langit supaya menurunkan hujan, lalu turunlah hujan. Ia menyuruh bumi supaya menumbuhkan tanaman, lalu tumbuhlah tanamannya. Selanjutnya, kembalilah ternak-ternak mereka tergembala di situ dalam keadaan berpunuk panjang atau sebesar yang pernah dan terpanjang perutnya.

Selanjutnya, datanglah Dajjal kepada suatu kaum, lalu mereka diajak mengikuti kehendaknya, tetapi mereka menolak, kemudian Dajjal meninggalkan mereka. Kaum yang menolak ini (kerana tegarnya iman mereka) pada keesokan harinya telah menjadi kering daerahnya dan kosong dari rumput dan tanaman lainnya, juga mereka tidak memiliki harta benda sedikit pun. Dajjal lalu berjalan melalui puing-puing kemudian ia berkata: “Keluarkanlah harta-harta simpananmu, tiba-tiba harta-harta di situ dapat diambil dan mengikuti perjalanan Dajjal sebagaimana lebah-lebah mengikuti rajanya.

Setelah itu, Dajjal memanggil seorang pemuda yang masih remaja, lalu ia memukul pemuda ini dengan pedang, sehingga terpotonglah tubuhnya menjadi dua bahagian dengan kecepatan bagaikan lemparan anak panah mengenai sasarannya. Tetapi, Dajjal lalu memanggil pemuda yang sudah mati itu, lalu ia hidup kembali dan menghadapnya, sedang wajahnya berseri-seri  sambil tertawa.

Dalam keadaan itulah, tiba-tiba Allah Ta’ala mengutus Isa al-Masih putera Maryam. Ia turun di menara putih, yang terletak di sebelah selatan Damaskus, iaitu mengenakan dua lembar pakaian yang berwarna, dengan meletakkan dua tapak tangannya di atas sayap dua malaikat. Jika ia menundukkan kepalanya, mencucurlah air dari kepalanya, sedang apabila ia mendongakkannya, maka terurailah rambutnya yang lebat bagaikan butiran mutiara. Maka tiada seorang kafir pun yang dapat mencium aroma nafasnya, melaainkan ia akan mati sedang nafasnya tercium sejauh jarak mata memandang.

Selanjutnya, al-Masih mencari Dajjal sampai ia menemukannya di pintu gerbang Ludd, kemudian  beliau membunuhnya. Selanjutnya, Isa alaihissalam mendatangi kaum yang telah dilindungi Allah dari kejahatan Dajjal, lalu ia meengusap wajah-wajah mereka dan memberitahukan bahawa mereka akan memperoleh derajat yang tinggi dalam syurga.

Dalam keadaan demikian itulah, Allah memberikan wahyu kepada Isa alaihissalam bahawasanya Allah telah mengeluarkan hamba-hamba-Ku yang tiada seorang pun kuasa untuk menentang dan berperang dengan mereka. Maka kumpulkanlah hamba-hamba-Ku (yang mukmin) ke bukit Thur.
Maka Allah mengutuskan bangsa Yakjuj Makjuj. Mereka turun mengalir dengan cepat sekali dari tempat-tempat yang tinggi. Kemudian berjalanlah barisan pertama dari rombongan mereka di Danau Thabariyah lalu minum airnya, selanjutnya berjalanlah barisan terakhir dari rombongan mereka dan berkata: “Danau ini dulunya masih ada airnya.” Nabiyullah Isa alaihissalam dan para sahabatnya dikepung dari segala penjuru hingga tidak dapat keluar, sampai-sampai nilai satu kepala lembu bagi seorang di antara mereka lebih berharga dari seratus dinar emas bagi seorang  di antara kalian saat ini. Nabiyullah Isa alaihissalam dan sahabatnya radhiayallahu anhum semuanya berdoa merendahkan diri kepada Allah Ta’ala memohon agar kesulitan itu segera dilenyapkan.

Allah Ta’ala mengutuskan ulat kepada bangsa Yakjuj dan Makjuj di leher-leher mereka, kemudian mereka mati serempak bersamaan dalam satu waktu sekaligus tak ubahnya satu jiwa. Nabiyullah Isa alaihissalam dan sahabatnya radhiyallahu anhum lalu turun ke bumi (dari gunung  Thur). Mereka tidak menemukan sejengkal tanah  pun melainkan telah dipenuhi oleh bau busuk dari bangkai mayat bangsa Yakjuj dan Makjuj tadi. Selanjutnya Nabiyullah Isa alaihissalam dan sahabatnya radhiyallahu anhum berdoa lagi kepada Allah Ta’ala sambil memohon agar mayat-mayat mereka dilenyapkan. Allah Ta’ala menurunkan burung sebesar leher unta dan burung inilah yang membawa terbang bangkai mereka lalu melemparkannya di suatu tempat yang dikehendaki oleh Allah.

Selanjutnya, Allah Azza wa Jalla menurunkan hujan yang menyapu rata semua rumah tanah liat atau pun tenda dari bulu, sehingga bumi itu menjadi bersih licin bagaikan kaca. Kepada bumi lalu dikatakan: “Tumbuhlah buah-buahanmu dan tumpahkanlah keberkahanmu.” Maka pada saat itu sekelompok manusia cukup makandari satu biji buah delima sahaja (kerana amat besarnya). Mereka pun  dapat bernaung di bawah kulit tempurung (kelopak) delima tadi dan diberkahilah air susu, sehingga sungguh seekor unta yang mengandung air susu, dapat mencukupi satu kelompok besar manusia, seekor sapi yang mengandung air susu dapat mencukupi satu kabilah, sedang seekor kambing yang mengandung susu dapat mencukupi satu desa.

Selanjutnya, di waktu mereka dalam keadaan sedemikian, tiba-tiba Allah Ta’ala mengirimkan angin yang sejuk nyaman, lalu angin itu mengambil nyawa kaum mukmin dari bawah ketiaknya. Jadi angin itulah yang mencabut jiwa setiap orang mukmin dan setiap orang Muslim. Lalu yang tertinggal adalah golongan sejahat-jahat manusia, mereka bersetubuh dengan wanita seperti halnya sekelompok keldai. Maka terjadilah Hari Kiamat atas mereka.”.”

[H.R. Muslim (2937)]

Disini liya sertakan video dua orang ustaz yang bercerita tentang kewujudan DAJJAL.


https://www.facebook.com/photo.php?v=661886687219305&set=vb.165445646863414&type=3&theater


http://www.youtube.com/watch?v=mcLs-csQfkw

#DoaUntukUmatIslam

Ya Allah... Bantulah umat Islam perangi Dajjal. Aku memohon agar aku ditempatkan sebagai pengikut Nabi Isa Alaihissalam... :')

Terima kasih sudi baca entry ni :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers





This blog fully designed by NADYA SHAFIQA|Don't copypaste!|Allright reserved by LIYA WINCHESTER