Myself

Nur Akmaliah Binti Alias
*18 April 1996
*Smk Seri Berang, Kuala Berang, Hulu Terengganu.
*Alias Bin Ismail (Ayah), Rosmawati Abdullah (Ibu)
*Pernah menyertai Kem Pembinaan Bakat Remaja 1Malaysia 2012 di Port Dickson, Negeri Sembilan.
*Pernah memenangi tempat ke-3 Hadiah Galakan Tunas Remaja peringkat kebangsaan, tempat ke-2 Pertandingan Puisi dan Lagu peringkat negeri, johan Pertandingan Drama Komsas peringkat daerah, Pelajar Harapan Bahasa Melayu, tempat ke-2 Pertandingan Speech Choir Piala DiRaja, johan Pertandingan Deklamasi Puisi sambutan kemerdekaan/pencegahan dadah/ hari guru peringkat negeri, johan Pertandingan Esei Kebersihan peringkat negeri.
*Pernah tersiar cerpen "Seorang Anjing" September 2012 dan "Teh Herba untuk Farid" Mac 2014 di halaman Cerpen daripada Sisiwa dalam Majalah Dewan Siswa.
*Merupakan mantan peserta Minggu Penulis Remaja (MPR) 2013.

Wednesday, 11 June 2014

Khasiat Kari

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hari ni liya nak kongsi tentang khasiat kari. Ramai yang tak tahu daun kari merupakan salah satu daun yang baik untuk kesihatan. Jom baca! :D



SUMBER FOTO: PAK CIK GOOGLE :D




Khasiat Kari

1. Penawar cirit-birit dan buasir

- Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus duan kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar cirit-birit dan buasir.


2. Loya dan pening

- Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau lipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening. Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dengan mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung.

3. Diabetes

- Rebus kulit batangnya yang kering dan minum airnya. Boleh mengawal diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.
4. Agar rambut panjang dan sihat

-Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari. Masakkan ia sehingga hangus. Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.


5. Merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa

- Buahnya dimasak dengan minyak kelapa hingga hitam. Hancurkan dan tampal ke tempat gigitan haiwan berbisa.


6. Lebam dan bengkak

- Daunnya dihancurkan dan dijadikan pes untuk ditampal pada bahagian yang lebam dan bengkak itu.


7. Kecantikan dan kesihatan diri

- Amalkan minum air rebusan daun, akar, kulit kayu, batang dan bunga kari.


P/S : Selamat Mencuba


Terima kasih sudi baca entry ni :)

6 comments:

puterakecewa said...

nice blog...boleyh ajar x cmne nk buat blog yg sestylo mcm blog ni??

hazwan jamil said...

Ehem ... It's aasif jiddan laa haha
So, this is it liya's blog
Nice even cite psl kariiii xD

liya winchester said...

Silap eja laa... -.-
(malu pulak :3)

liya winchester said...

Liya bnyk tanya Pak Cik Google. :)
Dalam proses belajar lagi.
Aasif jiddan~

junainah mohamed said...

Akak suka hidu bau daun kari....taruk dalam kari pun sedap. Banyak rupanya kebaikan duan kari ni yer :-)

liya winchester said...

sama dgn liya :3




This blog fully designed by NADYA SHAFIQA|Don't copypaste!|Allright reserved by LIYA WINCHESTER