Myself

Nur Akmaliah Binti Alias
*18 April 1996
*Smk Seri Berang, Kuala Berang, Hulu Terengganu.
*Alias Bin Ismail (Ayah), Rosmawati Abdullah (Ibu)
*Pernah menyertai Kem Pembinaan Bakat Remaja 1Malaysia 2012 di Port Dickson, Negeri Sembilan.
*Pernah memenangi tempat ke-3 Hadiah Galakan Tunas Remaja peringkat kebangsaan, tempat ke-2 Pertandingan Puisi dan Lagu peringkat negeri, johan Pertandingan Drama Komsas peringkat daerah, Pelajar Harapan Bahasa Melayu, tempat ke-2 Pertandingan Speech Choir Piala DiRaja, johan Pertandingan Deklamasi Puisi sambutan kemerdekaan/pencegahan dadah/ hari guru peringkat negeri, johan Pertandingan Esei Kebersihan peringkat negeri.
*Pernah tersiar cerpen "Seorang Anjing" September 2012 dan "Teh Herba untuk Farid" Mac 2014 di halaman Cerpen daripada Sisiwa dalam Majalah Dewan Siswa.
*Merupakan mantan peserta Minggu Penulis Remaja (MPR) 2013.

Sunday 22 June 2014

Perginya sahabat dan peneman sejati

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hari ni aku nak berkongsi cerita tentang haiwan peliharaan Nabi Muhammad S.A.W.
Tau tak haiwan apa?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
kucing la... :)

Liya ada 5 ekor kucing iaitu
Putih (Si ayah), Apache (Si Ibu), Yaya (Adik kepada Ibu), Kapas dan Kabu (Anak kembar Si Ibu)

     Aku mulakan cerita ni pada hari Ahad (15 Jun 2014).
Pada hari tersebut, aku kurang sihat (pening + demam). Jadi, aku tak layan kucing-kucing aku. Aku terjaga daripada tidur, sudah waktu Maghrib. Lepas selesai bersihkan diri dan solat, aku cari-cari Kapas tapi tak ada.

     "Ma, Kapas mana?"

     "Ada... Mungkin dia buang air besar. Tengah hari tadi Kapas muntah whiskas"

     "Yeke?" Hati aku terasa sangat lain pada waktu itu. Aku cuba buang perasaan negatif tapi tak boleh. Dengan kadar segera, aku pergi mengambil lampu suluh untuk mencari Kapas. Yaya dan Kabu juga turut serta mencari. Habis satu halaman rumah aku cari, selak tapi tak jumpa. Aku agak kecewa sebab tak layan Kapas, kembarnya dan juga Yaya pada hari itu. 10 minit selepas itu, jumpa juga Kapas di dalam semak berdekatan pasu bunga. Kapas kelihatan kurang sihat. Bulunya meremang. Kebiasaannya, kucing tak sihat bila bulunya meremang. Aku dan ma cuba suap susu cair kepada Kapas tetapi hanya 3 kali teguk saja. Aku usap-usap dia dan berkata, "Jom tidur dengan kak de malam ni, nak? Kapas tak sihat ni... Macam kak de juga, tak sihat." Aku cium pipi dia 2 kali. Selepas basuh pinggan mangkuk kucing, aku lihat Kapas dah tak ada di beranda. Mungkin dia duduk di laman lagi.

     Pagi esoknya (Isnin), aku bersekolah (tingkatan enam) seperti biasa. Hari tu, perasaan serba salah dan susah hati selalu timbul sampai aku tak dapat nak fokus semasa cikgu mengajar. Tambahan pula, aku demam + pening. :(

     Kebiasaannya, aku akan beli minuman seperti cendol atau ABC 2 bungkus. Satu untuk aku, satu lagi untuk ma. Disebabkan perasaan tak tentu, aku pulang dahulu ke rumah.

   "Ma, Kapas mana?"

   "Kapas dah tak ada... Pukul 1 petang tadi. Ma ingat nak tanam tapi tunggu kak de balik dulu. Mungkin kak de nak rakam, tangkap gambar atau lihat untuk kali terakhir."

     "Ma letak Kapas di mana?"

     "Ada di dalam kotak di tempat parkir motorsikal."

     Itulah kali terakhir aku melihat Kapas. Aku juga sempat merakam dan mengambil gambar sebagai kenangan. Manalah tahu, jika dipanjangkan umur, aku dapat menunjukkan video dan gambar Kapas kepada anak-anak aku kelak.

     5 hari selepas kematian Kapas iaitu pada hari Sabtu (21 Jun 2014), Yaya pula sakit dan akhirnya meninggalkan kami sekeluarga pada pukul 6.48 petang. Semasa saat-saat akhir, aku dapat menemani Yaya sehingga Yaya tiada. Kata Ma, situasi Yaya mati sama dengan Kapas. Mulutnya berbuih warna putih, terlau cepat mati padahal sakit hanya beberapa jam sebelum itu. Abah membuat andaian bahawa Yaya dan Kapas mati akibat keracunan makanan. Pagi tadi, ma terjumpa bangkai tikus yang kena racun. Benarlah bahawa Yaya dan Kapas mati disebabkan itu. Apache hilang 2 bulan lebih awal. Mungkin Apache juga mati terkena racun dan tak sempat untuk pulang ke rumah kerana kehilangannya sungguh misteri. Pelik. Mungkin Apache mati dalam semak belakang rumah jiran dan sebagainya.

    Kini, hanya tinggal 2 ekor saja kucing iaitu Putih dan Kabu, kembar kepada Kapas. Kabu yang bersikap nakal, suka bermain serta suka makan berebut selalu murung. Kalau nak makan, Kabu akan toleh kiri dan kanan dulu. Makan pun dah kurang. tak macam dulu. Bila Putih balik rumah, baru Kabu makan. Petang tadi aku bermain-main dengan Kabu. Aku ikatkan tali di kaki kiri dan berlari. Bila Kabu nampak tali bergerak-gerak, Kabu terus kejar. Boleh kurus aku kalau buat hari-hari. :D

     Abah juga tak kasi Kabu tidur di luar rumah. Kabu diberi keistimewaan tidur di dalam rumah untuk elakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Kata Abah, mencegah lebih baik daripada mengubati.

     Dengan perasaan hiba, aku kuatkan hati. Memang aku tak boleh terima kenyataan bahawa Kapas dan Yaya dah pergi. Mereka sebahagian daripada hidup aku. Mungkin orang akan pelik sebab aku menangis kerana kematian haiwan peliharaan. Serius, aku memang sensitif tentang kucing. Mungkin sebab aku membesar bersama-sama kucing sehingga aku lebih mementingkan kucing daripada perkara-perkara lain. Bila aku rindu Kapas dan Yaya, aku akan tonton video dan gambar-gambar dia daripada kecil hingga besar.
Sebak, sedih, kecewa semua ada. Namun, perancangan Allah S.W.T. lebih baik dan mengatasi segala-galanya. :')
Kata Abah, Allah S.W.T. lebih sayangkan Kapas dan Yaya. Haiwan yang baik terus masuk syurga tau...

La tahzan rabbuna maa'na.
Allahurabbi....


GAMBAR-GAMBAR KUCING PELIHARAAN




Gambar Apache, Kapas, Kabu, Yaya ketika baru dilahirkan






Putih (Si Ayah) ketika muda :D






Kabu dan Kapas (Kembar)
Kapas: 21 Disember 2013 hingga 16 Jun 2014






Yaya ketika kecil.
Yaya: 2 November 2013 hingga 21 Jun 2014.





Sentiasalah berpegang kepada kata-kata ini:


Time spent with cats is never wasted. - Sigmund Freud





Dear cats,
   Forever is a long, long time, but I wouldn't mind spending it by your side. Tell me, every day, I get to wake up to that SMILE.
I wouldn't mind it at all.






Sekian, terima kasih.
Semoga bermanfaat.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...





Terima kasih sudi baca entry ni :)

4 comments:

Asyu said...

huhuhu akak pun nanges bile kucing akk mati dulu... sampai skang akak x bela kucing dah... takut tak kuat...

Nur Akmaliah said...

Yang keluarga kucing ni paling liya syg.
Setakat ni, mmg xprnh serik bela kucing sbb liya dulu membesar dgn kucing (drpd kecil smpai brumur 18 thun)

Siti Aisya Ibrahim said...

bagusnye ade banyak kucing...comel222x...Salam perkenalan dari Germany... jemput datang blog saya ye:

http://jindrisska.blogspot.com

Nur Akmaliah said...

@Siti Aisya Ibrahim
Selamat perkenalan juga kak ^^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers





This blog fully designed by NADYA SHAFIQA|Don't copypaste!|Allright reserved by LIYA WINCHESTER