Myself

Nur Akmaliah Binti Alias
*18 April 1996
*Smk Seri Berang, Kuala Berang, Hulu Terengganu.
*Alias Bin Ismail (Ayah), Rosmawati Abdullah (Ibu)
*Pernah menyertai Kem Pembinaan Bakat Remaja 1Malaysia 2012 di Port Dickson, Negeri Sembilan.
*Pernah memenangi tempat ke-3 Hadiah Galakan Tunas Remaja peringkat kebangsaan, tempat ke-2 Pertandingan Puisi dan Lagu peringkat negeri, johan Pertandingan Drama Komsas peringkat daerah, Pelajar Harapan Bahasa Melayu, tempat ke-2 Pertandingan Speech Choir Piala DiRaja, johan Pertandingan Deklamasi Puisi sambutan kemerdekaan/pencegahan dadah/ hari guru peringkat negeri, johan Pertandingan Esei Kebersihan peringkat negeri.
*Pernah tersiar cerpen "Seorang Anjing" September 2012 dan "Teh Herba untuk Farid" Mac 2014 di halaman Cerpen daripada Sisiwa dalam Majalah Dewan Siswa.
*Merupakan mantan peserta Minggu Penulis Remaja (MPR) 2013.

Tuesday, 19 August 2014

4 SYARAT AURAT SOLAT TANPA TELEKUNG

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.






Setiap hari selepas tamat P&P, sekolah liya akan buat solat zuhur berjemaah. Liya tak bawa telekung sebab liya solat dengan pakaian sekolah saja. Ramai yang pelik dan hairan sebab hanya liya sorang saja yang tak pakai telekung. Tak salah pun sebenarnya... Asalkan kita menutup bahagian aurat kita.
Jadi, hari ni liya nak berkongsi tentang 4 SYARAT AURAT SOLAT TANPA TELEKUNG.

SYARAT 1 :
MESTILAH MENUTUP DAGU.
Ramai orang solat tanpa telekung tak bertutup lohong dagu dia. Kalau pakai tudung bawal, boleh pin kan bahagian tepi. Kalau pakai tudung sarung, kena la pakai dua lapis untuk tutup dagu tu. Gunalah style apapun, yang penting mesti tutup. Jangan lupa pin kan belakang tudung dengan baju! Nanti time sujud, boleh terselak tudung. Nanti nampak leher, batal pulak. Jangan lupa bab tu.
Isu dagu ni terdapat khilaf, canggah pendapat. Jadi, ikutlah mana yang rasa betul.











SYARAT 2 :
SEELOK-ELOKNYA PAKAI HANDSOCKS!
Ya, sebab ketika melakukan pergerakan solat, ada kemungkinan baju lengan kita boleh tersingkap dan nampak aurat. Memang kita boleh cepat-cepat betulkan, tapi solat kita akan jadi sangat tak selesa dan kita tak sedar kalau terbukak aurat So, kenalah pakai ok. Handsocks ni memang digalakkan.

SYARAT 3 :
KAIN TIDAK JARANG & NAMPAK DALAM.
Seeloknya solat tanpa telekung biarlah pakai kain. Jadi bentuk kaki semua lagi yakin tertutup. Cuma, pakailah seluar kat dalam kain. Nanti time solat tersingkap kain tu, susah jugak. Baju rasanya tak perlu risau. Cuma perlu labuh dan longgar. Kalau pakai tudung labuh, lagi mudah. Dan tudung bawal ni kadang-kadang boleh nampak bayang-bayang leher kita, jadi pastikan takde bayang-bayang semua sebelum solat, ok. Nanti terbatal solat, sayang je kita solat.

SYARAT 4 :
PAKAI STOKIN TEBAL.
Pastikan stokin yang dipakai kenalah longgar dan tak nampak warna kulit kaki kita. Dan tak nampak bentuk jari antara kaki. Jadi, kita kena kasi longgar-longgar sikit stokin tu. Apapun, nampak jari kat stokin tu pun ada khilaf jugak, bercanggah pandangan. Ada yang kata nampak bentuk dimaafkan pada syarak. Allahhua'lam..Sebab tu la tak digalakkan pakai stokin terlalu pendek dan nipis. Nanti susah nak solat.

Banyak benda perlu berhati-hati kalau nak solat tanpa telekung, terutama bila lakukan pergerakan solat. Sebab tu pakaian semua perlu longgar dan tudung seeloknya labuh.



Untuk kelengkapan solat, liya akan sediakan sehelai sapu tangan, sarung tangan warna hitam, handsock, stokin tebal dan beberapa pin untuk dibawa ke sekolah.

1. Liya menggunakan sapu tangan kecil untuk menutup dagu. (liya lebih selesa menggunakan sapu tangan berbanding pelapik dagu ^^)
2. Sarung tangan untuk menutup jari-jari dan tapak tangan manakala handsock untuk menutup bahagian lengan. (bimbang lengan baju terselak)
3. Pin digunakan untuk pin pelapik dagu rekaan sendir, bahagian depan dan belakang tudung sebab liya pakai tudung sekolah, bukannya tudung bawal biasa.

















Liya harap kawan-kawan dapat manfaat daripada entri ini. =)



Jazaakumullah Khairan Katsiran Wa Jazaakumullah Ahsanal Jaza
(جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء)
“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Terima kasih sudi baca entry ni :)

5 comments:

marinahunny said...

Good sharing liya. Pasal dagu tu akk ada dgr kuliah mahgrib. Katanya aurat dagu tu adalah aurat semasa solat yakni perlu ditutup manakala utk keluar bekerja atau utk xtvt harian x perlu tutup pun xpe.

liya winchester said...

marinahunny
Syukran jazilan kak ^^
Ha'a, ketika solat wajib tutup. Kalau ketika melakukan aktiviti harian, boleh je nak tutup. Tak de masalah. Kalau xtutup, xsalah jugak :)

sYiRa LoKMaN said...

SELAMAT MALAM :) KEMBALI BLOGWALKING ^_^

mujahidah maisarah said...

tq share. saya biasa juga solat tak pakai telekung ni klu keluar jalan pi mana2. sbb mudah. dan terasa lebih bersih drpd pakai telekung yg dah wakaf kat masjid/surau.

and, yg pasai kene tutup bawah dagu tu khilaf ada benarnya. saya baca satu post ni "boleh tak tutup bwah dagu/ ada kata wajib" ikut pada mana yg yakin.

liya winchester said...

mujahidah maisarah
junior2 kat skolah ada jgak yg hairan tpi liya buat xtau jelah. Nak terangkan sorang2? Penat~




This blog fully designed by NADYA SHAFIQA|Don't copypaste!|Allright reserved by LIYA WINCHESTER