Myself

Nur Akmaliah Binti Alias
*18 April 1996
*Smk Seri Berang, Kuala Berang, Hulu Terengganu.
*Alias Bin Ismail (Ayah), Rosmawati Abdullah (Ibu)
*Pernah menyertai Kem Pembinaan Bakat Remaja 1Malaysia 2012 di Port Dickson, Negeri Sembilan.
*Pernah memenangi tempat ke-3 Hadiah Galakan Tunas Remaja peringkat kebangsaan, tempat ke-2 Pertandingan Puisi dan Lagu peringkat negeri, johan Pertandingan Drama Komsas peringkat daerah, Pelajar Harapan Bahasa Melayu, tempat ke-2 Pertandingan Speech Choir Piala DiRaja, johan Pertandingan Deklamasi Puisi sambutan kemerdekaan/pencegahan dadah/ hari guru peringkat negeri, johan Pertandingan Esei Kebersihan peringkat negeri.
*Pernah tersiar cerpen "Seorang Anjing" September 2012 dan "Teh Herba untuk Farid" Mac 2014 di halaman Cerpen daripada Sisiwa dalam Majalah Dewan Siswa.
*Merupakan mantan peserta Minggu Penulis Remaja (MPR) 2013.

Friday 29 May 2015

ALLAH S.W.T IS THE BEST OF PLANNERS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Selamat malam sahabat ^^
Malam ni terasa nak update blog.

Untuk pengetahuan semua, Yaya dah tamat STPM Sem 2 dengan selamatnya minggu lepas. Alhamdulillah... Dalam keadaan tak sihat, dapat juga jawab soalan. Takpalah, fizikal tak kuat takpa. Asalkan mental SIHAT. ^^
STPM ni best tau... Macam mana nak cerita pun, Yaya tak pasti. Tapi, tersangatlah seronok. Kadang-kadang gaduh, kadang-kadang stress, kadang-kadang malas. Banyak perasaan bercampur baur. Yang pasti, STPM memang SERONOK. ^^

Walaupun minggu lepas tamat exam STPM Sem 2, minggu ni dah belajar STPM Sem 3 [sem terakhir]. Ada sorang kawan dapat nurse. Bermakna, dia dah tak sambung sem 3. Agak sedihlah... Semoga kau berbahagia belajar di sana. Balik Kuala Berang, sila belanja sayaa.... :3

Mira, I will miss you :)
AKU SAYANG KAU, SAHABAT...



Okey...
Jom masuk ke bab seterusnya ^^

Yaya ada nak kongsi tentang alam perkahwinan. Kisahnya menyayat hati... Mungkin ceritanya terkesan di hati. Tapi, harap-haraplah terkesan di hati + melekat terus sebagai ingatan untuk kita bersama-sama berisitiqamah. Yaya juga sama. Ingatan untuk diri sendiri. Semoga bermanfaat! :) Jom baca...


***********



PENGANTIN KEMBALI KERAHMATULLAH DI SAAT SUJUD...
Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar azan ‘Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: “Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan solat ‘Isyak “

Ibunya terkejut: “Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh air.”
Tambah ibunya lagi: “Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang! Wallahi… jika kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu.”
Anak perempuannya menjawab: “Wallahi… saya tidak akan pergi dari sini sehingga saya melakukan solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta.!!”
Ibunya berkata: “Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak hodoh atau tidak cantik di mata mereka! Mereka pasti akan mentertawakan kamu! “
Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya: “Adakah ibu bimbang kerana saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak lagi cantik di mata-Nya “
Dia mula berwuduk, dan semua make-up pada wajah telah hilang, tetapi dia tidak peduli.
Kemudian dia memulakan solat itu dan pada masa dia turun untuk sujud, dia tidak sedar bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir!
Ya! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud! Pengakhiran yang besar bagi Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya! Ramai antara mereka yang mendengar cerita ini begitu tersentuh!!
Beliau mengutamakan Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai yang pertama dalam keutamaan hidup beliau, jadi pengakhiran terbaik yang dianugerahkan oleh Allah pada mana-mana umat Islam yang layak memilikinya!
Dia mahu menjadi lebih dekat kepada-Nya, maka Allah mengambil nyawanya pada saat di mana umat Islam berada paling dekat kepada-Nya! SubhanAllah!
Dia tidak peduli jika dia tidak indah di mata makhluk, asalkan dia cantik pada Maha Pencipta!
Wahai saudari Muslimah, bayangkan jika anda berada di tempat itu! Apa yang anda akan lakukan? Apa yang anda akan pilih: pujian manusia atau Maha Pencipta?
Wahai sekalian insan! Adakah kita ada jaminan bahawa kita akan hidup untuk minit seterusnya? Jam? Atau bulan?!!
Tiada siapa tahu apabila saat mereka akan datang? Atau bila kita akan bertemu malaikat Maut? Jadi, adakah kita bersedia untuk saat itu?
Wahai muslimah! Apa yang anda pilih: bersantai tanpa hijab atau dirahmati Allah dengan memakai hijab?
Adakah kita bersedia untuk menemui Allah tanpa hijab?
[Diceritakan oleh Syeikh ‘Abdul Mohsen al Ahmad’, ia berlaku di Abha (Ibu Negeri Asir di Arab Saudi)]
ps: Buat adik-adik bakal pengantin, walau sehebat mana sekalipun majlis perkahwinan anda, walau secantik mana sekalipun dandanan anda, jangan tingal Solat apabila tiba waktunya...
Biarlah kita tidak hebat dan tidak cantik dimata manusia tapi hebat dan cantik disis Allah...



Jazaakumullah Khairan Katsiran Wa Jazaakumullah Ahsanal Jaza
(جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء)
“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”



Terima kasih sudi baca entry ni :)

Tuesday 31 March 2015

NUKILAN HATI: LUAHAN SEORANG LELAKI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...





Pagi ini ada sedikit masa terluang sambil buat assignment. Liya nak kongsi tentang Luahan Seorang Lelaki. Liya ambil maklumat ini pun daripada page seseorang. Jadi, liya letak di sini untuk tujuan kita bermuhasabah diri.

.
.
.


Jom baca dan HAYATI! :)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

LUAHAN HATI SEORANG LELAKI
.
.
.
.
.


Aku paling menyampah,
Dengan status perempuan yang malu-malu, atau rasa segan apabila kena mengorat dengan lelaki.
Paling aku sakit hati apabila dia ialah seorang muslimah,
Berada dalam landasan fikrah beragama,
Dari sekolah agama,
Belajar di institusi agama,
Tahu pasal agama.

Weyh perempuan !
Kalau kau kena mengorat, Maknanya kau masih belum pandai jaga ikhtilat,
Garanglah sikit !
Bukan sekadar sombong je tapi garang !
Garang tahu tak?
Bukannya melemah-lembutkan suara,
Ber'enta' dan'enti' dalam pergaulan,
Konon hendak menjaga hati,
Tapi menimbulkan masalah hati pula,
Bagaimana tu?

Menjaga apa namanya?
Kalau berlemah lembut sampai menimbulkan fitnah dan huru hara?
Bukannya mengada-ngada,Tunjukkan diri itu ala-ala perempuan Melayu terakhir,Sopan-santun di depan lelaki sampai hatinya cair,
Malu-malu tak kena tempat,
Layan lelaki ikut suka hati tak jaga ikhtilat,
Main mesej tanpa urusan muammalat,
Kemudian kau salahkan lelaki?
Bagi aku lah kan,
Kau yang tak tegas,
Terlalu berlemah lembut tak kena tempat,
Bajet ayu untuk memikat, Ber'enta' dan 'enti' untuk menarik perhatian, Memakai purdah dengan tujuan mahu menayang,
Konon-konon kitalah muslimah solehah,
Lelaki mudah tertarik dengan wanita ala-ala muslimah, Katanya :"Jangan berkasar sangat dengan lelaki, nanti mereka kecil hati, urusan tak jalan kalau bertegas dengan Adam, 
Adam ini ego tak menerima nasihat
"Alasan yang dah basi.Itu semua poyo !

Wahai perempuan,Jaga diri boleh tak?Tegas dan garang!
Walaupun kau tu muslimah,
Jadilah tegas dan garang !
Tak payah nak berlembut sangat.Biar lelaki benci !

Jangan lelaki jatuh hati !
Kalau lelaki duduk meroyan teringat kat kau,
Kau bangga ke?
Daripada dia berkopiah langsung tak berambut,
Daripada dia suka ke surau langsung duduk dalam bilik,
Hilang sudah seorang pejuang agama,
Hanya kerana kau yang bajet ayu dan muslimah tak kira masa.

Maaflah kalau aku berkasar,
Bagi aku seorang muslimah solehah,
Dia mesti tegas !
Sebab dia tahu maruah diri dia di mana,
Dia tidak boleh berlembut sesuka hati,
Dia ialah wanita yang paling ramai dibenci daripada disukai,
Lihat Zainab Al Ghazali,
Ummu Salamah,
Saidatina Aisyah,
Asiah,
Kerana agama mereka dibenci,Kerana lantang bersuara mereka dicaci
Mereka sangatlah tegas berdiri menegakkan panji agama,
Tak pernah pun lelaki mengorat mereka,
Kerana lelaki takut dengan hamasahnya dalam memperjuang agama,
Jika ada yang mahu menyunting,Mereka mendapatkan secara terhormat,
Tak pernah mengorat secara dekat.

Wahai muslimah,
Yang ada fikrah agama,
Jika ada yang mahu mengorat anda !Sila salahkan diri sendiri,
Refresh diri,
Mungkin fikiran anda masih lagi memikirkan tentang mencari suami?
Belum lagi fokus pada urusan memperbaiki diri?
Atau tidak terlintas lansung untuk berjuang demi agama sampai mati?
Ramai sahaja aku melihat muslimah lemah lembut,
Ayu dan terlalu memikat,
Namun sangat pengecut untuk bertegas,
Sangat tak pernah bertindak untuk menggerakkan agama yang dimilikinya, Apa?
Kau rasa dengan keayuan kau tu kau boleh menyumbang pada agama?
Dengan keayuan kau tu boleh menggerakkan dakwah dengan kencang ke?

Dengan lemah-lembuh kau tu boleh menjayakan misi ummah dengan berjaya ke?
Apa sumbangan sopan santun kau terhadap lelaki pada agama?
Maafkan aku jika berkasar,
Aku sudah muak + menyampah,Apabila orang tak henti-henti mengadu ada yang mengorat !
Tolonglah tegas dan garang dalam muammalat,
Jaga ikhtilat sesama muslimin muslimat,
Biar lelaki benci !Jangan sampai mereka jatuh hati !

Aku penatlah.
Penat melayan semua ini.
Karate je ada yang nak mengorat kau tu boleh?
Lepas tu confirm dah tak ada lelaki yang berani dekat, 
sentuh dan mengorat kau lagi !
Serius !
Aku respect perempuan yang garang dan tak bajet ayu,Perempuan yang tiada pakwe kerana menolak cinta dunia yang palsu,
Mereka tahu suatu perkara asas yang perlu iaitu :
"Aktiflah dalam berpesatuan, menuntut ilmu dengan slumber, bersuaralah pada kebenaran tanpa rasa segan, 
jangan terlalu menjaga penampilan sampai di depan cermin berjam-jam untuk menarik perhatian,
berdakwah tanpa rasa gentar, berbuat baiklah tanpa rasa malu, buatlah apa jua tanpa menghiraukan keadaan yang melanda
"Kerana mereka tahu juga :"Sampai suatu saat kau akan diuji dengan berat dan ketika itu kau amat memerlukan bantuan, 
Allah akan menghadiahkan kau seorang suami soleh untuk dijadikan teman"
Relaks, tak payah nak berlembut dan bajet ayu sangat sampai tak bergerak dalam persatuan,
Kau buat je apa sahaja dengan slumber,
Bila sampai masanya,
Allah akan bagi juga,
Si dia yang soleh di depan mata.Yang ni ada kau aktif berpesatuan?

Ada kau slumber berdakwah tanpa segan?
Ada kau menuntut ilmu sampai pengsan?
Ada kau berani bersuara atas kebenaran?
Ke masih bajet ayu dan malu dalam pergaulan dan berpesatuan?
Kemudian lelaki mengorat kau bangga dan tak henti-henti mernselah..‪#‎TepukDadaTanyaIman‬..

Maafkan hamba jika terkasar bahasa.

Jazaakumullah Khairan Katsiran Wa Jazaakumullah Ahsanal Jaza
(جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء)
“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”


Terima kasih sudi baca entry ni :)

Monday 16 March 2015

APA ITU ISTIDRAJ?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. :)

Dah lama tak tulis blog. Sebenarnya sekarang ni sibuk dgn assignment STPM sem 2. Yeay! Tahun depan sambung ijazah la pulak, insya-Allah. Malam ni nak kongsi sikit tentang ISTIDRAJ.

Apa itu ISTIDRAJ???

Jom baca ^_^






ISTIDRAJ

Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, Melanggar larangan Allah dan dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. “Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong.” Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

BUKTINYA

#Firaun
Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

#Namrud
Orang yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

#Qarun
Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Nauzubillahimin zalik...




Jazaakumullah Khairan Katsiran Wa Jazaakumullah Ahsanal Jaza
(جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء)
“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”


Terima kasih sudi baca entry ni :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers





This blog fully designed by NADYA SHAFIQA|Don't copypaste!|Allright reserved by LIYA WINCHESTER