Myself

Nur Akmaliah Binti Alias
*18 April 1996
*Smk Seri Berang, Kuala Berang, Hulu Terengganu.
*Alias Bin Ismail (Ayah), Rosmawati Abdullah (Ibu)
*Pernah menyertai Kem Pembinaan Bakat Remaja 1Malaysia 2012 di Port Dickson, Negeri Sembilan.
*Pernah memenangi tempat ke-3 Hadiah Galakan Tunas Remaja peringkat kebangsaan, tempat ke-2 Pertandingan Puisi dan Lagu peringkat negeri, johan Pertandingan Drama Komsas peringkat daerah, Pelajar Harapan Bahasa Melayu, tempat ke-2 Pertandingan Speech Choir Piala DiRaja, johan Pertandingan Deklamasi Puisi sambutan kemerdekaan/pencegahan dadah/ hari guru peringkat negeri, johan Pertandingan Esei Kebersihan peringkat negeri.
*Pernah tersiar cerpen "Seorang Anjing" September 2012 dan "Teh Herba untuk Farid" Mac 2014 di halaman Cerpen daripada Sisiwa dalam Majalah Dewan Siswa.
*Merupakan mantan peserta Minggu Penulis Remaja (MPR) 2013.

Monday 16 March 2015

APA ITU ISTIDRAJ?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. :)

Dah lama tak tulis blog. Sebenarnya sekarang ni sibuk dgn assignment STPM sem 2. Yeay! Tahun depan sambung ijazah la pulak, insya-Allah. Malam ni nak kongsi sikit tentang ISTIDRAJ.

Apa itu ISTIDRAJ???

Jom baca ^_^






ISTIDRAJ

Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, Melanggar larangan Allah dan dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. “Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong.” Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

BUKTINYA

#Firaun
Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

#Namrud
Orang yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

#Qarun
Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Nauzubillahimin zalik...




Jazaakumullah Khairan Katsiran Wa Jazaakumullah Ahsanal Jaza
(جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء)
“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”


Terima kasih sudi baca entry ni :)

1 comment:

Unknown said...

Assalamualaikum, terima kasih ingatannya =)

Liya boleh contact saja saya bila bila masa ya? Singgah balas dari kunjungan Liya ke blog =)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers





This blog fully designed by NADYA SHAFIQA|Don't copypaste!|Allright reserved by LIYA WINCHESTER