Assalamualaikum!!
Dah lama Ya tak kemaskini blog ni. Hmm...pejam celik, pejam celik, dah masuk bulan puasa... Ya harap semua berpuasa penuh, ye? Bagi yang belum habis ganti puasa tu, ganti lah cepat-cepat lepas tamat bulan puasa ni...tetapi korang mesti ingat satu perkara. Pertama, korang TAK BOLEH BAYAR FIDYAH!
Tau tak apakah maksud fidyah? Fidyah ialah mengeluarkan secupak makanan asasi kepada fakir miskin bagi menggantikan satu hari puasa yang ditinggalkan.
Org yg wajib membayah fidyah ialah:
1. org sakit yg tiada harapan utk sembuh.
2. org yg bekerja kuat sepanjang masa
3. org yg terlalu tua dan tidak berdaya utk berpuasa.
Kedua, bilangan hari yang korang tinggalkan AKAN BERGANDA apabila cukup setahun.
Contohnya: korang tinggal puasa 2 hari. Kalau korang tak ganti sampai bulan puasa tahun berikutnya, bilangan yang korang mesti ganti menjadi 4 hari.
Sebab itulah, Rasulullah S.A.W menyarankan supaya ganti puasa secepat yang boleh.
Setakat ini jelah, Ya boleh kongsi dgn kawan-kawan.
Assalamualaikum, kawan-kawan...
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL-MUBARAK!!!
SELAMAT BERAMAL IBADAT!
No comments:
Post a Comment