Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hari ni ana ada sedikit nasihat untuk semua umat Islam di bumi bumi ini. =)
Kepada akak-akak, kawan-kawan yang baru masuk ke alam kampus dan sebagainya..
Kalau kamu dari "SEKOLAH" agama atau kamu dari "KELUARGA" yang beragama, jangan tinggal "AGAMA" itu dirumah atau disekolah kamu..
Bawalah "AGAMA" itu bersama kamu kemana sahaja kamu pergi dan apa pun yang kamu buat..
Jangan dulu disekolah kamu bertudung labuh menutup aurat dengan sempurna, tapi bila masuk dalam kampus kamu tinggal itu semua hingga sanggup mendedahkan aurat kamu..
Jangan dulu disekolah kamu "MALU" untuk berhubung antara lelaki dan perempuan, tapi dikampus kamu tinggal rasa "MALU" itu disekolah atau dirumah..
Jangan disekolah atau dirumah kamu membenci dan mengharamkan "COUPLE" tapi dikampus kamu tergamak untuk melakukan apa yang kamu pernah haramkan dulu..
Bawalah "AGAMA" itu bersama kamu setiap waktu.. Kerana itulah "PELINDUNG" kamu didalam kampus dari terjebak denngan perkara yang tidak baik...
Biarlah orang lain terpengaruh dengan "AGAMA" yang kamu bawa, jangan biarkan diri kamu terpengaruh dengan orang yang tidak ada agama pada diri mereka..
Jika kamu tinggalkan "AGAMA" kamu, kamu bakal dibaham oleh "SYAITAN/MANUSIA" yang nak menyesatkan kamu..
"BERBANGGALAH" kalian yang membawa agama bersama kerana kalian bersama Allah..
"CELAKALAH" bagi orang yang meninggalkan agama kerana manusia, harta, pangkat dan nama..
Dengan agamalah kamu akan selamat... Tanpa agama kamu binasa...
::: Peringatan Untuk Ummat Akhir Zaman :::
1 comment:
as salam. thanks for the tazkirah. sgt memberi pengajaran kpd abe kie. dah follow blog cik... no 100.
Post a Comment